Greenpeace
  • Act
  • Explore
  • Donate

English | Bahasa Malay

Sertailah Pertaruhan Dengan Plastic

Anda mungkin tidak menyangka bahawa menggunakan garpu plastik pada waktu rehat makan tengah hari anda akan memberi kesan dramatik kepada dunia, tetapi jika anda membayangkan 7.7 bilion orang melakukan perkara yang sama - gambarannya sangat menakutkan. Kita lemas dalam plastik. Telah sampai pada ketika ini bahawa kita menggunakan mikroplastik setiap hari dalam makanan dan produk-produk yang lain.

Greenpeace telah berhadapan dan mendedahkan banyak syarikat yang menjadi penyumbang utama pencemaran plastik, misalnya; Nestle, Unilever, Coca Cola dan banyak lagi. Kami sekarang mendesak Malaysia dan negara-negara anggota ASEAN lainnya untuk menyatakan larangan segera terhadap semua import sampah plastik dan menetapkan dasar serantau untuk secara besar-besaran mengurangkan pengeluaran plastik pembungkusan sekali pakai, sambil mendorong inovasi pada pembungkusan yang boleh digunakan semula.


Bagaimana ANDA boleh membantu?

Derma dan sokongan anda akan membantu kami untuk menyiasat, berkempen, mendokumentasi dan melobi untuk keseimbangan yang berterusan antara manusia dan alam sekitar.

Kami memerlukan orang seperti anda untuk menjadi suara di belakang Greenpeace, bantu kami membuat perbezaan.

 

Bantu Kami Menghentikan Plastik Sekali Pakai

Berjuta-juta tan plastik dibuang ke lautan kita setiap tahun, membunuh hidupan laut kita yang berharga.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN PEMBERIAN ANDA?

Pengagihan dana bagi setiap isu kempen di Greenpeace Asia Tenggara.

Di Asia Tenggara, kami mempunyai 58,665 penderma kewangan dari semua lapisan masyarakat yang menyokong kerja kami. Kerana orang seperti anda, kami dapat berkempen untuk masa depan yang lebih hijau.

Shantie Soedhwa

 

"Seekor jerung yang mati akibat terikat di jaring ikan yang dijumpai semasa pembersihkan pantai."

Alain Labrie

 

"Isi perut seekor anak ayam albatros yang mati di Pasifik termasuk serpihan laut plastik yang diberi makan oleh ibu bapanya. Kredit gambar - Chris Jordan CC2.0"

Nia Menschaart

 

"Penyu Olive Ridley terperangkap dalam jaring ikan, tidak jauh dari pantai bersarang besar-besaran Rushikulya. Lebih dari 10,000 penyu terbunuh oleh alat penangkap ikan setiap tahun."

Niek Esselink

 

"Harbour Porpoise yang mati tersadai di pantai di Cornwall Selatan dimana 4000 ikan lumba-lumba setahun mungkin mati akibat pukat ikan pelagik di wilayah ini.”

 

 
  • News
  • ABOUT US
  • PRESS CENTRE
  • JOBS
  • FUNDRAISING
  • SITEMAP
  • PRIVACY AND COOKIES
  • COMMUNITY POLICY
  • FAQ
  • TERMS
  • COPYRIGHT

Unless otherwise stated, the copy of the website is licensed under a CC-BY International License

Greenpeace Malaysia 2020